Assalamualaikum....
121215 0845
Alhamdulillah,
siapa yang mampu menduga perancangan NYA,
walau diri sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada diri kita,
dan yang penting kita kadang kala hanya mampu merancang tapi segalanya ALLAH telah menentukan..
aku rasa mcm xpercaya, akhirnya ALLAH telah izinkan aku menghabiskan satu semester sebagai seorang pelajar postgraduate...
dan hari ni adalah final untuk sem 1...
aku kadang kala xpercaya dengan apa yang aku lalui,
yelah, sebelum ni aku merancang untuk sambung master di UPM,
tapi kekangan y dihadapi menghalang niat aku untuk aku terus berada di UPM,
melangkah pulang ke kampung halaman dengan impian aku dapat meringan kan beban mama...
hanya itu dalam fikiran pada saat itu,
kerana ingin memberi peluang kepada adik2 untuk teruskan perjuangan mereka dalam pendidikan..
tapi, ALLAH itu maha adil, maha penyayang, maha pengasih, lagi maha pemurah,
mungkin berkat kesabaran aku diberi rezeki sebegini pada saat ini...
mana tidak nya,
dalam masa yang sama, aku diberi rezeki menjadi seorang anak, menjadi seorang pelajar dan yang paling penting menjadi seorang pendidik...
bukan semua orang diberi peluang seperti ini,
tpi aku adalah salah sorang hamba NYA y diberi peluang,
tiada kata yang mampu aku ucapkan selain bersyukur,...
yang penting, kita kene sentiasa positif dengan apa yang berlaku,
kerana tiada kesenangan pada jalan pintas,
kerana liku-liku kehidupan itu satu perjalanan yang harus dilalui..
ok, pape pun, jumpa lagi d entry yang akan datang,
doakan saya dipermudahkan u final nanti yea...
assalamualaikum
No comments:
Post a Comment