Bismillahirahmanirah,
Entry pertama aku, untuk 2016.... setelah 21 hari aku berada
di hentian 25...
Alhamdulillah, aku masih diberi ruang dan peluang untuk
kecapi nikmat pada hentian ini..
Tidak aka nada siapa yang mampu untuk menghalang aku
berada di bumi Allah pada saat ini,
Apatah lagi memastikan aku terus berada di sini sehingga
bertemu pada perhentian yang akan datang.
Sebelum ni, aku ada janji nak post entry u tahun baru
pasal azam aku,
Okeh, sebenarnya, aku xde azam baru pun,
Tapi aku ada matlamat hidup baru..
Kalau korang nak follow matlamat hidup aku,
Jom...
aku hanya hamba mu Ya rabb,
jadi, izinkan aku menjadi sebenar2 hamba pada Mu,
biarlah hidup yang tersisa ini,
menjadikan aku meletakan Engkau yang utama di hati ini,
dalam segenap segi, Engkau lah yang aku dahului...
alhamdulillah,
terima kasih ya Allah,
Kau masih meminjamkan aku seorang IBU yang hebat,
Dalam sisa baki hidup ini,
Izinkan aku berbakti padanya,
Membahagikan dia sebagimana dia membuat aku tersenyum,
Mengembirakan dia sebagaimana dia membuatkan aku tertawa,
Menjaganya sebagima dia melindungiku..
Dan, hari ini aku masih diberi nikmat sebagai seorang
sahabat,
Izinkan aku menjadi sahabat yang ikhlas dalam
persahabata,
Jadikan aku sahabat yang tidak pernah mengungkit akan setiap
pertolongan,
Dan jadikan aku sebagai sahabat yang tidak pernah jemu
dalam membantu..
Jika hari esok,
Aku diberi peluang menjadi seorang isteri,
Jadikan aku isteri yang patuh pada si suami,
Redha dalam menerima dia sebagai jodoh ku dunia akhirat,
Dan menjadi sebaik-baik isteri,
Andai aku diberi peluang menjadi ibu,
Izinkan aku menajdi ibu yang terbaik u generasi hafiz dan
hafizah,
Dan mendidik mereka menjadi soleh dan solehah.
Andai aku diberi peluang,
Moga aku tidak akan pernah mensia-sia kan peluang yang
hadir,
Terima kasih ya Rabb kerana nikmat yang Engkau berikan
pada hari ini.
Tidak akan pernah mampu untuk aku membayarnya walau
dengan 1000 rakaat solatku.
Okeh, ini sahaja u saat ini, assalamualaikum
1011 200116