Tuesday, 16 December 2014

Kalimat Terakhir (BBM3410)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. sem7 (akhir) dah hampir pada penamatnya... berjalan menghabiskan sisa2 sem ni dengan tenang dan damai...

post aku kali ni, aku just nak share satu kelas yang aku ambil sem ni.. kelas bahasa dalam multimedia.. hah, post sebelum ni pun aku ada pos pasal kelas ni.. aku cite sal video aku buat.. tapi kali ni aku nak cite pasal keseluruhsn kelas ni..

sebenarnya, aku n the geng ada dua pilihan nk masuk kelas nga dr Normaliza (dr yg mengaja aku sekarang) atau Dr. sorang lg (xmau mention nama sbb xingat sebenarnya).. tp kami ber5 ni pilih u bersama nga Dr.Normaliza... yes!!!! sebenarnya kami dah tau kelas dia ni banyak kerja kena buat dari pengalaman senior2 lepas. tapi kami xkisah sbb kami tahu Dr.Normaliza ni mcm mana orangnya. kami pernah ambil kelas penterjemahan nga di. so, ni bukan kelas first lah.,

hah, merepek kot len lah plak noh.. okeh2.. jum aku cite sal kelas bahasa dalam multimedia ni. sebenarnya kelas sangat best. dari hati yang iklas aku ckp aku cukup seronok masuk kelas ni, sebab banyak benda aku belajar.. kelas ni bukan teori semata2... tapi praktikalnya menjadi keutamaan..

benda yang aku belajar Movie Maker, Photoshop, macam mane nak edit video, gambar, angle nak gambar cantik, mcam2 lah.. seronok... tp kdg kala stress tu ada jgk.. tp stress2 pun minda kami terbuka.. sebab kami bukan beljar bnda dalam buku. kami perlukan kritikal thingking.. dah mcm2 video kami buat. seram, tragedi, satu layer sampai lah tiga layer.. semua kami buat..

Hah, kami jgk diajar u buat e-book. Aku ni, nak kata ketingalan xde lah sngt, tp e-book ni aku xtahu sngt lah.. tapi, satu hari aku nampak kerja kosong, tp jawatan dia untuk editor e-book. aku xapply pun sbb time tuh aku xhbis ag kan belajar.. so, aku pun terdetik di hati. Kelas Dr.Normaliza mmg terbaik. xsia2 aku beljar dlm kelas dia..

dan yang paling penting Dr.Normaliza ni dia punya pemikiran sngt lah terbaik. aku suka cara dia berfikir, selalu bg semngt even dia slalu kata, hah jgn menyesal ambil kelas nga saya.. hahha.. xpernah menyesal DR. dan terima kasih kerana mencurahkan segala ilmu pada kami..

tuh je kot coretan aku untuk kali ni..
okeh, malam ni naik bas balik kg...
minggu study week dah kunjung tiba,..
okeh, tata..
assalamualaikum..

Friday, 12 December 2014

BBM3410 (video)

Assalamualaikum...

okeh, aku nak sambung y entry sblm ni... sebenarnya bukan pe, nak masuk kan samap 3,4 video dalam satu entry tuh aku tkt berat plak nak pos. jadi aku sambung lah pada entry ni...

senang cite aku share trus lah video aku...


hah ni, video paling best kami.. baik korang view... best.. jgn lepas kan peluang u tgok.. nanti korang jgk y rugi...

nak lagi? jap yea... tp yg ni.. aku malas nak komen pape... hehhe...

lohh, xdpt share dari u-tube lah... jadi aku bagi link je lah..

https://www.youtube.com/watch?v=bdVhLFtk_yc

hah. tuh link dia... harap2 blh bukak lah kan... okeh ada lagi videooo... tp kali ni kami masak plak... nak tgok kami masak? hahha, jom..


hah tgok lah... selamat menonton... kami bukan lah pakar dalam berlakon.. tpi kami cuba u cari pengalaman....



sekian untuk kali ini..


BBM3410 (video)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... sem akhir dah sampai ke penghujungnya... tup tap tup tap dah 3/4 kuliah dah habis.. minggu2 yang berbaki untuk siapkan asgmnt yg masih doq ade...

okeh, kli ni aku nak share skit pasal subjek aku Bahasa Dalam Multimedia... hah... Multimedia pun nak kena ada bahasa.. iklas dari hati aku, subjek ni banyak memberi aku ilmu baru.. terlalu banyak aku beljar dalam kelas DR Normaliza, Dr yang aku rasa paling sempoi dengan gaya dan caya. tapi aku suka cara dia mengajar dan idea dia..

hah, dalam kelas dia kami kena buat Video. Antara Video yang kami kena buat video stop motion. Video first kami kami wat lagu malam pesta muda mudi, video ke 2 kami aku, apa yea.. lupa lah, tpi xpe nt aku share... adoi... aku nak share link pun rasa malu tp disebabkan blog yang aku tulis ni pun salah satu asgmnt aku, aku gagahkan diri juga lah untuk share.. hah ni, sila tgok sila tgok...


ni salah satunya.. ada lagi.. nak lagi?? jap yea







hah ni dulu, nt smbung pada entry yang seterusnya yea




Friday, 28 November 2014

Jangan Kita Remehkan

Assalamualaikum...

Subhanaallah....
dalam kita tidak sedar,
kadang-kala kita "mendua" kan Allah..
kita bagaikan lupa,
semua nikmat yang kita miliki ini,
semua milik Allah...
dari sekecil2 perkara hingga lah sebesarnya,
sehingga kita tidak mampu memikirkannya.

kadang-kala,
kita kata,
kekayaan aku hari ini kerana hasil usaha aku
kerana aku rajin bekerja,
kerana si polon membantu aku,
kerana itu dan ini,
tapi kita langsung tidak pernah kata,
semua ini nikmat dari Allah,
apatah lagi ini bersyukur.

kita lupa nikmat yang kita dapat,
rezeki yang kita perolehi,
dan kehidupan kita hari ini,
semuanya kerana ALLAH yang memberi PINJAM..

Jika esok, dia mengambila kembali harta kita,
mungkin rumah kita terbakar,
kita kehilangan harta benda,
kita hilang deria rasa,
kita hilang ingatan,
mahupun kita hilang peluang TAUBAT..
semua ini mungkin... dan mungkin berlaku..

Wahai hamba ALLAH,
usah lah kita angkuh dengan pencipta,
kerana kita tidak punya wang dan harta,
kecuali pinjaman semata.

#moga_diri_semakin_dekat_dengan_NYA

Monday, 24 November 2014

Mencuri Dalam Solat

Assalamualaikum...

Ermhh... 
dalam dunia ni mane ada orang nak jadi buruk kan?
sume nak cantik..
kalau boleh, nak kulit mulus,
hidung macung,
rambut ikal maya,
jelingan mata menarik..
hah, tpi sebenarnya kita adalah sebaik2 kejadian..
Allah dah cipta kita sebaik2 makhluknya,.
syukurlah dengan apa yang kita miliki..

tapi,
Rasulullah saw ada kata tentang seburuk2 manusia..
seburuk-buruk manusia ialah...
jeng2.. nak tahu? 
siapa mereka?
mereka ialah orang yang mencuri dalam solat..

hah? dalam solat pun boleh mencuri? 
macam mane tu?
mesti time solat, dia tgok bag makcik kat tepi dia,
dia pun panjangkan tangan ambil bag tuh...
hah? bukan2..
dah tuh?

mereka yang mencuri dalam solat ni,
mereka yang TIDAK MENYEMPUNAKAN SUJUD mereka..
hah? subhanaallah...
terpana diri ni, 
terus tunduk terfikir...
sempurnahkah sujud aku.. 
atau aku pun seorang yang pencuri? dan seburuk2 manusia?
istigfar banyak2...

teringat plak kata2 sorang cikgu aku,
korang ni solat mcm ayam patut padi...
faham2 lah macam mane laju nya...


Friday, 21 November 2014

Penakut

rasa takut pada manusia itu lebih..
yea lebih dari rasa takut pada Allah..
tidak? kau  menafikan?
cuba kau renung..
Kau takut nak berkata yang benar..
takut manusia kata "alah, budget alim"
takut manusia usir kau...
"kalau nak warak, baik pergi main jauh2"
takut pada undang-undang manusia..
"hah, kalau kau join ni.. ni.. ni, nt ko kena buang kolej"
takut pada ugutan manusia...
"baik ko jangan join persatuan tu, sebab ada unsur luar"
belum join dah takut..
Ye! kita diselubungi rasa takut..
takut pada bayang-bayang!

#note_to_my_self
#moga_makin_berani

Wednesday, 19 November 2014

DrNotts: Jalan-jalan cari makan di Korea

Assalamualaikum..

Hah, tgok tajuk tuh.. mesti korang nak tahu an... DrNotts? makanan Korea?
hah meh, nak cite skit ni....
DrNotts Pensyarah Bahasa dalam Multimedia aku..
sangat sampoi orang nya..
mmg best belajor dengan dia even banyak kerja skit...

okeh. nak nak cite sikit pasal dia...
dia ni suka g jalan2..
mane dia xpergi..
korea, Jepun, mcm2..
so, time jalan2 tuh, mesti lah makan kan?
hah, time dia kat korea mcm2 dia makan..
wrap Salad lah.. apa lah..
tapi yang paling syok ni, dia try makan gurita hidup..
alahai, bila aku tgok dia pun tkt nak makan bnda tu, aku apa lagi..
terus aku imagine klu makan  bnda tu,
terlekat kat anak tekak..
pastu dop gerak2.. woouuu, geli kot...
then, aku terjumpa video dia makan bnda tuh kat youtibe..
korang nak tgok... hah ni..

https://www.youtube.com/watch?v=d2yTkMlalII

hahha.. sila tgok.. lawak pun ada DR.Notts ni... hehheh...

Sunday, 2 November 2014

UjianNya

allahuakhbar... allahuakhbar... allahuakhbar...

semalam dapat msg dari mama,
mama bgthu, 
"masalah" datang kembali...
aku ingatkan dah xde.
bila dah usaha habis2,
ingatkan dah puas mereka buat,
tapi ternyata,
niat mereka diteruskan
mungkin sehingga mereka berjaya mencapai kemenangan??
 tapi aku sudah rasa lali dgn semua "masalah" tersebut..
kerana aku sudah serahkan segalanya pada DIA yang satu...

tapi, pagi ini... 
aku terbaca post seorang sabahat di wall FB dia,
dia meluahkan "masalah" yang dia alami,
sebijik seperti "masalah" aku...
aku terfikir,
"masalah" ini adalag ujian NYA pd kami,
melihat sejauh mana kesabaran kami,
melihat sejauh mana keimanan kami..

ALLAH, 
kami serahkan segalanya pada MU..
kerana pengakhiran makluk di bumi dan langit ialah MATI..
dan pasti setiap perbuatan itu ada balasan,
besar atau kecil,
baik atau buruk,
pasti kau yang menghukumNYA...


#hamba_NYA

Wednesday, 29 October 2014

Assalamualaikum.....









hah, nilah hasil tugasan untuk kelas multimedia untuk kali.. ni semua hasil pembelajaran photoshop... 
kerja2 sebegini memang menyeronokkan tapi biasa lah budak baru nak belajar, banyak kekurangan..