Friday, 28 November 2014

Jangan Kita Remehkan

Assalamualaikum...

Subhanaallah....
dalam kita tidak sedar,
kadang-kala kita "mendua" kan Allah..
kita bagaikan lupa,
semua nikmat yang kita miliki ini,
semua milik Allah...
dari sekecil2 perkara hingga lah sebesarnya,
sehingga kita tidak mampu memikirkannya.

kadang-kala,
kita kata,
kekayaan aku hari ini kerana hasil usaha aku
kerana aku rajin bekerja,
kerana si polon membantu aku,
kerana itu dan ini,
tapi kita langsung tidak pernah kata,
semua ini nikmat dari Allah,
apatah lagi ini bersyukur.

kita lupa nikmat yang kita dapat,
rezeki yang kita perolehi,
dan kehidupan kita hari ini,
semuanya kerana ALLAH yang memberi PINJAM..

Jika esok, dia mengambila kembali harta kita,
mungkin rumah kita terbakar,
kita kehilangan harta benda,
kita hilang deria rasa,
kita hilang ingatan,
mahupun kita hilang peluang TAUBAT..
semua ini mungkin... dan mungkin berlaku..

Wahai hamba ALLAH,
usah lah kita angkuh dengan pencipta,
kerana kita tidak punya wang dan harta,
kecuali pinjaman semata.

#moga_diri_semakin_dekat_dengan_NYA

No comments:

Post a Comment