Saturday, 10 December 2016

Andai itu takdir Nya.

assalamualaikum,

agak lama benor sis xbercoleteh kat sini.. dah bersarang benar dah blog sis ni. tapi, hari ni, sis ada masa sikit nak sembang nga korang.. Mai lah dgr celoteh sis.

ermhh, pernah xdengar soal jodoh. Ye, jodoh. korang rasa jodoh tu perlu dicari ke perlu tunggu?? rasa2 lah kan as a girl yang mane patut kita buat?? tunggu jodoh tu sampai gedebuk jatuh depan kita. okeh, that right itu jodoh kita.  atauuuuu, kita harus cari. yelah kalau xcari mane nak dapat kan?? Tapi kalau cari korang xtakut ke orang kata perigi cari timba plak??

so, pe patut korang buat? cuba share sikit nga sis.  Sometimes, bila kita ni perempuan belum kawin. tpi dah agak berumur lah kan, mesti ramai yang doq tanya , "nape xkawin lagi"... "Bila nak kawin".. "kamu ni memilih sangat"... dan macam2 lah cemuhan .. yang tak tahan bila ada plak tokok tambah.. "perempuan ni bila berumur susah nak dapat laki"... "susah nak dapat anak".. macam2 batoi kan.

Sis bukan xpernah dapat semua cemuhan mcm tu, tp sis rasa sis ni muda lagi, so, who care makcik2 akak2 nak cakap ape pun.. yang penting sis hapy dengan hidup sis. Sebenarnya kan, dalam hidup sis ni, sis yakin yang jodoh tu semua dari Allah, tapi sis xmenunggu tau, sis juga mencari.

Mencari?? hah, macam mane sis cari? hah, mesti nak tau an... sis bukan cari di fb, wechat (shake2 dapat jodoh).. bukan juga di IG, stalk mamat2 hensem, follow, then buat2 gedik.. Alhamdulillah, xde lagi lah sampai tahap mendesak mcm tu. tapi sis xcakap yang dapat jodoh kat FB tuh salah. kat Wechat tu salah.. xsalah, andai itu jalannya. jangan pernah pertikaikan cara kita dapat jodoh,

Tapi sis pernah dengar talk Ustazah Fatimah Syarha ckp jodoh ni kita kene usaha, bukan jer dengan DOA tapi perlu mencari.

So, sis pun cuba lah buat apa yang disampaikan oleh ustazah... Alhamdulillah, andai itu takdir Nya, sis akan kawin xlama lagi....

Nak tau macam mane sis dapat jodoh sis?? hah, tunggu sis update blog yang akan datang yea.

tunggu....

adios..
assalamualaikum.

101216
1652

Thursday, 29 September 2016

UNTUK KAMU


assalamualaikum..

WARLAH BUAT KAMU



Ok entry kali ini mugkin nampak aku tergedik-gedik sedikit, tapi ini lah hakikatnya sebuah kehidupan. tapi terpulang pada si pembaca.

saja aku nak luahkan. Bukan senang nak jadi suami pada sorang bakal isteri mcm aku.. Sbb aku mungkin bukan yang kau idamkan sebelum ni. Tp andai jodoh kita, kau dan aku harus trima satu sama lain dan lengkapkan each other..

Bab kata pepatah. Menikahi org yang kita cintai itu satu keuntungan.. Tp mencintai org yang kau nikahi itu satu kewajipan. So, ape pun bila ko dah jadi suami aku nanti, aku harap penerimaan ko pada aku tu seikhlasnya.

Almaklumlah aku ni bukan nya mrs perfect y mungkin kau idamkan.. Aku hanya manusia biasa y punya noty nya yang punya pe'el nya dan mgkin kadang kala buat kau menyampah dgn aku (tp moga tmbah syg lah bila dah mnyampah tu)..

Tp hakikatnya, aku harap kau mampu bimbing aku dan anak2 nanti dgn ilmu agama NYa yg membawa kita sama2 ke syurga... Itu hakikat y perlu kamu tahu bakal si suami...

Kerana aku ingin sayang kamu bukan hnya di sini tp hingga ke syurga sana bersama jemaah2 dari generasi kamu dan aku.

Dan kerana itu, ku hadiahkan coretan dari mereka buat kamu.. Agar kamu bersedia menjadi si pencinta yang setia..

Kepada aku dan generasi genius yang bakal kita didik menjadi manusia yang berguna hingga ke akhirnya..

Coretan buat si bakal suami... Dari seorang bakal isteri
#keeppraying #100dayroadtotheda








Wednesday, 17 August 2016

just to share but,.....

assalamualaikum,

hai korang... first thing first aku nak ckp yang aku baru habis last paper untuk postgraduate dip of education aku.... yahhhooooo... lega xhabis rasanya... dah hbis study ni rasa mcm terlepas beban di kepala. Yelah mana taknya, ko study dalam masa yang sama ko kerja... berat beb nak tanggung dua benda dalam satu masa.  padahal dulu aku rasa mcm ok jer.  tpi bila semakin lama, semakin penat.. mungkin faktor usia kot.  hahhah.. okeh2.. memandangkan aku dah lama xmerepek kat sini, bukan bersarang jer blog aku ni tp bersemak samun sumua bagai dah.. so, petang ni aku nak share something nga korang.. tapi kan, at the end blog aku ni kalau buat korang tertanya2 jangan marah plak, sbb akan ada smbungannya nanti..

okeh, mei sini cheq nak crita sikit, sebenarnya, cheq agak teruja skit dengan benda yang baru cheq jumpa.. ermh korang nak tau ape?

canni, sebelum ni dah banyak produk yang cheq doq pakai untuk kecantikkan, biasa lah perempuan dan kecantikkan mana boleh nak pisahkan.. mesti nak nampak cantik, barulah yakin. tapi xleh nak nafikan lah produk yang doq pakai tuh ada bahan kimia, xbanyak pun ada lah skit-skit tu, tp bila hari2 doq pakai lama2 jdi bukit jgk noh,, ehh yaka. heheh....

okeh, nak bgthu yang cheq doq pakai produk safi sekarang ni.. alah safi biasa jer, yang murah2 jer, ok lah, sesuai nga kulit muka cheq.. tp arini, cheq jumpa satu produk ni berasaskan 100% TANPA bahan kimia, tudia ... halal plak tu, orang islam yang doq buat.  ermhh,.. adoi teruja nya cheq..

bukan apa, produk kecantikan tanpa bahan kimia ni dah lama cheq doq usha2.... kadang2 ada kat watsons tu tp bukan pencuci muka, sabun tu doq adalah kan.. ni ermhhh cheq jumpa banyak jgk produk yang dia doq kluarkan..

alamak, xsabar nak pakai.. ape y produk ni doq janjikan kulit yang mulus.. klu y doq ada jerawat pun menjadi katanya. nak bibir cantik menawan pun boleh..

ermhh, nak bagi cik abam bertambah sayang boleh lah try kan,.. tapi ermhh biaq cheq guna dulu... dan cheq nak bagi testimony bnda ni kat member baik dan disayangi cheq y doq ada masalah jerawat.. kesihan kat dia.. tp spe rahsia lah.. nt kami try dulu noh... klu jadi nt kami habaq mai plak...

okeh, cheq nk beredar dlu lah.. nak g buat ape y patut kat muka ni ahhh.. bio lawa sikit...

ok, assalamualaikum

Tuesday, 17 May 2016

infinity

assalamualaikukum...180516 0903

cinta aku infinity...
sukar untuk dinilai...
tiada had, tiada tahap...
hanya kamu yang mampu merasa...

tapi...
infinity itu bahaya...
andai kau tersilap langkah...
infinity itu mungkin bernilai zero...

hati2 dengan cinta

Friday, 13 May 2016

KaMu


hanya satu pintar ku dalam titipan doa yang aku panjatkan,
aku ingin menjadi makmun mu,
bersama si soleh dan solehan,
agar bahtera yang kita kemudi,
sampai ke destinasi impian,
"villa" firdaus,
dan kita kekal di dalamnya,
dengan kebahagian yang hakiki...

NnN


Monday, 9 May 2016

senang cite

ngatuk.,.
ape susah,
ambil bantal,
kau letak kapala,
pejamkan mata kau,
tidur ZZzzzZZZZZzzzz...

lapar,
ape susah,
ambil nasi,
kau suap dalam mulut,
kunyah-kunyah sampai hancur,
telan masuk perut,
alhamdulillah kenyang...

xusah banyak bicara,
mengadu sana sini,
bagi alasan sampai xmunasabah,
bazir air liur,
buang masa
ko rasa ape yang ko patut buat,
ko buat,
xnak dop diam.
senangkan??

xtahan?
angkat kaki,
blah...




Monday, 28 March 2016

HATI-HATI


hati-hati jalan tuh,
lubang kubur di depan,
takut2 nanti ko terjerulus
jatuh tersungkur,
xdapat bangun,
last2 ko menyesal xkesudah....

29032016 1105

Thursday, 24 March 2016

Thanks Allah

just nak cakap,
hidup ni bukan susah sangat pun...
sebab masalah hari ni,
akan hilang pada hari esok,
xcaya?
cuba tidur, 
bangun esok pasti masalah tu dah settle....
laaa, dah tidur bangun pun still ada?
alah. tidur dan bangun lagi..
in shaa allah,
sampai saatnya kau bangkit,
kau pasti senyum,
sebab masalah tu dah berlalu..

tu keyakinan aku pada Allah,
cuma jangan buat masalah,
yang menyebabkan DIA murka,
takut nanti,
bala xtertanggung...

oke, tu jer nak kabo..
pape pun... senyum... 

coretan 24032016  2141

Sunday, 6 March 2016

untuk selamanya

dalam sujud kala dingin malam.
aku mohon Dia pinjamkan diri mu untuk aku,
aku pintar agar nafas mu milik ku,
biar hanya seketika di sini,
agar nanti bersama selamanya di sana.

N&N

Sunday, 28 February 2016

suatu saat

bila suatu saat,
kau tanya aku
sedalam mana cinta ini buat mu...
aku hanya ingin kau tahu,
cinta aku hanya kata kerja untuk diri mu,
bukan hanya kata nama semata-mata,
dan tidak pernah terjadi kata adjektif,
kerana aku tidak mahu,
lahirnya sebuah cinta yang retorik...


Monday, 25 January 2016

mencegah itu lebih baik dari merawat.....

Minyak Kelapa Dara 11
  • Sistem PencernaanMembantu dalam proses pencernaan yang akan membolehkan tubuh anda menghadam segala khasiat dari makanan dan membuang toksin dari badan dengan lebih baik. Ini akan membuang semua masalah yang berpunca akibat pengumpulan toksin dalam tubuh.
  • Sistem Imunisasi dan Kekebalan Tubuh
    Tubuh anda akan lebih kebal dari penyakit kerana Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat antivirus dan antibakteria yang kuat.
  • Masalah Jantung
    Jantung anda akan lebih sihat dan kuat kerana kandungan asid laurik yang terkandung di dalamnya membantu mencegah masalah jantung dengan cara menurunkan kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi. Ia juga mengurangkan kecederaan arteri dan mencegah aterosklerosis.
  • Kencing Manis dan Diabetes
    Kandungan gula dalam darah anda akan lebih terkawal dan penghasilan insulin tubuh anda juga akan lebih bersesuaian. Ini akan mencegah dan mengubati kencing manis dan diabetes.
  • Resdung
    Masalah resdung anda akan lebih terkawal dan sembuh kerana sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan antiprotozoa yang akan membasmi kuman penyebab resdung.
  • Tiroid
    Masalah hipertiroidisme dan hipotiroidisme akan dipulihkan kerana Minyak Kelapa Dara merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik.
  • Mencegah Masalah Hati
    Bebanan tugas pada hati anda akan berkurangan kerana ia mencegak pengumpulan lemak dan Minyak Kelapa Dara adalahg zat tenaga yang mudah diubah.
  • Berat Badan
    Kadar metabolisme tubuh anda akan meningkat dan ini akan secara tidak langsung menurunkan berat badan anda pada tahap yang bersesuaian.
  • Untuk Tulang
    Tubuh anda akan mempunyai kebolehan menyerap kalsium dan magnesium dengan lebih baik.
  • Untuk Gigi
    Gigi akan menjadi lebih sihat dan kuat.
  • Untuk Kesihatan Keseluruhan
    Anda akan lebih sihat dan mampu sembuh dari pelbagai penyakit kerana Minyak Kelapa Dara memberi kebaikan dan kesembuhan dalaman dan luaran. Jadi dengan pengamalan Minyak Kelapa Dara secara berterusan, kesihatan tubuh anda anda akan berada pada tahap terbaik (optimum).

Wednesday, 20 January 2016

AKU ingin jadi yang terbaik


Bismillahirahmanirah,
Entry pertama aku, untuk 2016.... setelah 21 hari aku berada di hentian 25...
Alhamdulillah, aku masih diberi ruang dan peluang untuk kecapi nikmat pada hentian ini..
Tidak aka nada siapa yang mampu untuk menghalang aku berada di bumi Allah pada saat ini,
Apatah lagi memastikan aku terus berada di sini sehingga bertemu pada perhentian yang akan datang.

Sebelum ni, aku ada janji nak post entry u tahun baru pasal azam aku,
Okeh, sebenarnya, aku xde azam baru pun,
Tapi aku ada matlamat hidup baru..
Kalau korang nak follow matlamat hidup aku,
Jom...

aku hanya hamba mu Ya rabb,
jadi, izinkan aku menjadi sebenar2 hamba pada Mu,
biarlah hidup yang tersisa ini,
menjadikan aku meletakan Engkau yang utama di hati ini,
dalam segenap segi, Engkau lah yang aku dahului...

alhamdulillah,
terima kasih ya Allah,
Kau masih meminjamkan aku seorang IBU yang hebat,
Dalam sisa baki hidup ini,
Izinkan aku berbakti padanya,
Membahagikan dia sebagimana dia membuat aku tersenyum,
Mengembirakan dia sebagaimana dia membuatkan aku tertawa,
Menjaganya sebagima dia melindungiku..

Dan, hari ini aku masih diberi nikmat sebagai seorang sahabat,
Izinkan aku menjadi sahabat yang ikhlas dalam persahabata,
Jadikan aku sahabat yang tidak pernah mengungkit akan setiap pertolongan,
Dan jadikan aku sebagai sahabat yang tidak pernah jemu dalam membantu..

Jika hari esok,
Aku diberi peluang menjadi seorang isteri,
Jadikan aku isteri yang patuh pada si suami,
Redha dalam menerima dia sebagai jodoh ku dunia akhirat,
Dan menjadi sebaik-baik isteri,

Andai aku diberi peluang menjadi ibu,
Izinkan aku menajdi ibu yang terbaik u generasi hafiz dan hafizah,
Dan mendidik mereka menjadi soleh dan solehah.

Andai aku diberi peluang,
Moga aku tidak akan pernah mensia-sia kan peluang yang hadir,
Terima kasih ya Rabb kerana nikmat yang Engkau berikan pada hari ini.
Tidak akan pernah mampu untuk aku membayarnya walau dengan 1000 rakaat solatku.

Okeh, ini sahaja u saat ini, assalamualaikum
1011 200116